o Apabila gas-gas seperti karbon monoksida, karbon dioksida, kloro flourokarbon(CFC), metana dan nitrus oksida menyerap sinaran dari matahari dan memantulkan kembali sinar tersebut, maka suhu pada atmosfera bumi akan meningkat. Gas-gas ini juga menyerap tenaga haba yang dikeluarkna oleh sistem atmosfera bumi. Ini secara kolektif akan meningkatkan lagi suhu pada atmosfera bumi.
o Aktivitas manusia seperti penggunaan tenaga elektrik, peningkatan pengangkutan dan penggunaan CFC untuk tujuan pendinginan udara (airconditioning) dan sebagai ‘propellant’ dalam bekas aerosol, telah menyebakan pengeluaran gas – gas tersebut meningkat. Sumber gas-gas seperti ini yang disebabkan oleh aktiviti manusia dinamakan gas-gas ‘anthropogenic’.
o Antara gas-gas rumah kaca yang paling banyak menyerap radiasi tenaga haba oleh bumi adalah CFC. CFC pula bertindak dengan gas ozon daripada lapisan ozon dan meyebabkan penipisan lapisan ozon. Lapisan ozon bertindak melindungi kehidupan bumi daripada radiasi merbahaya seperti sinaran ultra (UVB). Penipisan lapisan ozon seterusnya akan menyebabkan radiasi sperti UVB sampai ke bumi dan akan menyebabkan peningkatan dalam kanker kulit dan penyakit mata.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar